Ciri-ciri Sussex (ayam)

Ayam Sussex mempunyai badan yang panjang, berdada lebar dan belakang yang rata; tulang dada yang panjang dan lurus; bahu lebar, dan bentuk badan yang bersegi empat tepat. Ekornya bersudut 45 darjah dari badan. Matanya berwarna merah bagi variati warna gelap manakala oren bagi variati warna bulu yang terang. Balungnya adalah berbentuk sikat/sisir. Cuping telinga berwarna merah, manakala kaki dan kulit berwarna putih untuk semua variati warna bulu. Ayam jantan seberat kira-kira 4.1 kg dan betina sekitar 3.2 kg.[2]:294

Lapan variati warna diiktiraf oleh Kelab Unggas Great Britain: perang, buff, coronation, light, merah, peraky, rinting dan putih.[2]:289 Sussex berwarna light mempunyai badan putih, hitam pada ekor dan bulu pelepah; jambul leher berwarna putih dengan jalur hitam. Warna buff mempunyai corak yang sama, tetapi warna hijau-kehitaman pada warna asas emas-kekuningan. Warna perak serupa dengan light, tetapi mempunyai paha berwarna kelabu dan dada berwarna gelap dengan renda perak.[2]:293 Variati merah mempunyai corak yang sama sepertimana light, tetapi warna asasnya adalah merah tua di seluruh tubuhnya. Variati rinting (berbintik-bintik) mempunyai warna mohagani tua, dan pada setiap sayap pelepahnya mempunyai warna putih pada hujungnya. Variati putih mempunyai warna putih di seluruh tubuhnya.[2]:293

Sussex coronation juga mempunyai corak yang sama seperti light, dengan warna lavender bukannya hitam. Ia telah dihasilkan bagi pertabalan Edward VIII – satu peristiwa yang tidak pernah terjadi – dan hilang menjelang Perang Dunia II.[8] Ia dipercayai mempunyai warna merah, putih dan biru yang sama pada bendera Union Flag.[2]:293 Baka bantam coronation telah dicipta semula pada tahun 1980an.[8]

Persatuan Unggas Amerika hanya mengiktiraf tiga warna iaitu light merah dan rinting. Variati merah dan rinting telah dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan pada tahun 1914, manakala light pada tahun 1929.[3]

Rujukan

WikiPedia: Sussex (ayam) ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/a1250e/a1250e.pdf ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/a1250e/annexes/Li... http://www.bdrg.de/mediaarchiv/grab_pic.php?id=105... https://books.google.com/books?id=nAfyUHY42u0C https://books.google.it/books?id=TPBKCQAAQBAJ https://web.archive.org/web/20130616062803/http://... https://web.archive.org/web/20171104135004/http://... https://web.archive.org/web/20180612143235/http://... https://web.archive.org/web/20181109100645/https:/... https://www.rbst.org.uk/sussex